Bukanlah satu kebetulan apabila agama terawal iaitu Hindu
bermula di India. Hakikat ini tentunya
berkait rapat dengan sejarah Nabi Adam yang dikatakan bermula di Sri Lanka dan
berhampiran India. Namun, agama Hindu
tidak bermula pada zaman Nabi Adam, tetapi beratus atau beribu tahun selepas
kewafatannya.
Nabi Adam tidak membawa agama kepada manusia, tetapi baginda
membawa peraturan hidup atau sistem. Ada
yang berkata Nabi Adam diturunkan pada penghujung zaman Neolithik di mana
manusia mula belajar bertani dan menternak, dan hidup sehinggalah ke awal zaman
Gangsa.
Sebelum Nabi Adam dicipta, manusia tidak mempunyai panduan tentang
apakah yang baik dan buruk selain memikirkan ‘survival’ masing-masing untuk
hidup sahaja. Ini mendorong mereka
menjadi ganas dan suka berbunuhan. Kerana
sifat manusia itulah maka malaikat mempersoal Tuhan untuk apa dilantik seorang
khalifah di kalangan manusia:
"Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya, Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata : "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman : "Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." AQ 2:30
Menurut cerita ahli-ahli agama, Nabi Adam adalah manusia
pertama dicipta. Namun begitu, ayat di
atas membuktikan bahawa manusia telah wujud sebelum Nabi Adam. Ini kerana, malaikat tidak mungkin tahu akan
sifat manusia yang suka membuat kerosakan dan menumpahkan darah jika manusia
itu sendiri belum wujud. Sedangkan, malaikat
tidak tahu apa-apa, apatah lagi mengenai masa depan. Buktinya ialah ayat ini:
"Mereka
(malaikat) menjawab : "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui
selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." AQ 2:32
Tentu sekali malaikat tidak akan meragui penciptaan Adam
jika malaikat belum melihat sendiri bagaimana sifat manusia di bumi.
Bukti lain bahawa Nabi Adam bukanlah manusia pertama turut
diperkuatkan dengan penemuan penemuan arkeologi yang menunjukkan manusia telah
wujud sejak 2.8 juta tahun dahulu: http://www.bbc.com/news/science-environment-31718336
- First Human Discovered in Ethiopia.
Kita sedia maklum bahawa ahli-ahli agama Islam cenderung
untuk menjadi marah apabila bukti-bukti ini dikemukakan kepada mereka. Bagi mempertahankan kepercayaan mereka, mereka
gemar menuduh semua ini adalah konspirasi musuh Islam untuk mengelirukan orang
Islam mengenai AlQuran. Hakikatnya tiada
siapa yang akan keliru jika bukan merekalah yang mengelirukan kita.
Lagipun, kisah Nabi Adam merupakan manusia pertama dicipta
turut dipegang oleh penganut Kristian dan Judaism. Justeru, siapakah musuh Islam yang ahli-ahli
agama Islam maksudkan itu? Atau apakah
ahli-ahli agama Islam sekali lagi ingin berhujah bahawa inilah bukti bahawa
kitab-kitab kedua-dua agama tersebut benar?
Atau apakah ia bermakna ahli-ahli agama Islam sekali lagi menciplak
fahaman dan cerita-cerita dari kitab-kitab yang telah diseleweng untuk disogokkan
kepada kita?
Penulis ingin mengingatkan bahawa AlQuran itu adalah pembeza
antara yang benar dan yang salah. Apa
yang ada di dalam kitab-kitab lain sebelum ini adalah benar, tetapi sekiranya
ia TIADA di dalam AlQuran maka ia bukanlah dari Allah dan ianya pastinya TIDAK
BENAR. Jelas di sini bahawa Nabi Adam
bukanlah manusia pertama dan AlQuran juga tidak pernah menyatakannya. Apa yang dinyatakan hanyalah Nabi Adam
sebagai UTUSAN PERTAMA untuk membawa peraturan hidup yang diredhai Allah di
dunia.
Memandangkan Nabi Adam dikatakan diturunkan di Sri Lanka,
berhampiran India, maka tidak hairanlah apabila antara tamadun awal yang begitu
canggih telah ditemui di kawasan berhampiran iaitu di Lembah Indus. http://www.ushistory.org/civ/8a.asp
Apa yang menjadikan para pengkaji sejarah merasakan penemuan
tamadun Lembah Indus begitu menarik berbanding tamadun lain dalam zaman yang
sama ialah kerana, tidak seperti tamadun lain, tiada senjata ditemui di lembah
ini, tiada bukti wujudnya tentera, tiada peperangan, tiada sebarang tempat
penyembahan agama dan tiada bukti wujudnya golongan kaya berlebihan atau
raja-raja yang ditanam dengan harta kekayaan mereka.
Para pengkaji turut mendapati manusia yang hidup di sini di
zaman itu cukup mementingkan kebersihan di mana terdapat sistem saliran dan
kumbahan yang canggih yang melalui setiap rumah-rumah, jalan yang lebar dan
juga sistem penebatan dan penapisan banjir.
Ternyata tamadun lembah Indus telah mencapai ketamadunan
yang tertinggi bukan sahaja dari segi politik dan senibina, tetapi juga dari
segi minda.
Di penghujung kegemilangan tamadun ini, turut dijumpai ialah
sebahagian tulisan dari kitab Rig Veda yang kemudiannya dijadikan asas
penciptaan agama Hindu.
Bagi penulis, ini boleh jadi bukti bahawa peraturan hidup
yang dibawa oleh Nabi Adam telah diamalkan sebaiknya oleh penduduk Lembah Indus
dan seperti juga semua utusan lain, Nabi Adam atau mungkin pengikutnya menuliskan
peraturan ini yang dipanggil Kitab Vedas.
Penulis menyimpulkan sedemikian kerana di dalam Kitab Vedas turut
terkandung ‘akuan’ mengenai Tuhan yang Satu dan komitmen manusia untuk
mengabdikan diri hanya kepadaNya.
Walaubagaimanapun, setelah Nabi Adam wafat, manusia mula
menyeleweng dan menokok tambah ajaran baginda sehingga terciptalah agama Hindu
yang dikatakan sebagai diasaskan dari kitab tersebut.
Dari agama Hindu tercipta pula agama Buddha, Zoroastrian,
Arabian Star Family dan lain-lain yang mana semuanya tercipta selepas kewafatan seseorang
utusan Tuhan. Nampaknya manusia enggan
beriman kepada yang ghaib dan sentiasa punya keinginan untuk mengadakan ‘jelmaan Tuhan’, ‘wakil Tuhan’ atau
‘rumah Tuhan’ untuk dilihat, disentuh, disembah dan dipuja.
Dari mana keinginan ini datang? Tentulah dari syaitan, yang telah berjanji
untuk menyesatkan manusia apabila Nabi Adam dicipta.
Inilah yang AlQuran maksudkan dengan ‘kembali ke belakang’
selepas setiap utusan:
“Muhammad itu tidak
lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya BEBERAPA
ORANG RASUL. APAKAH JIKA DIA WAFAT ATAU DIBUNUH KAMU BERBALIK KE BELAKANG. Maka
sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat
kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang
yang bersyukur”. AQ 3:144
Apabila seorang Rasul atau Nabi menyatakan jangan
menyekutukan Tuhan dengan suatu apa pun, dan hiduplah mengikut peraturan yang
damai, setiap kali juga manusia membantah lalu mencipta agama hanya kerana
ingin melakukan ritual penyembahan. Jika
umat Nabi-nabi terdahulu menyeleweng dan mengarang semula kitab-kitab tinggalan
Nabi mereka, Umat Islam pula tidak mampu berbuat demikian kerana Allah telah
memastikan yang AlQuran terpelihara.
Oleh kerana itu, umat Islam telah mencipta hadith sebagai tambahan atau
pasangan kepada AlQuran dalam ‘usaha’ untuk kembali ke belakang.
Nampaknya syaitan tidak memungkiri janjinya dengan
Tuhan.
No comments:
Post a Comment