Perjalanan melalui AlQuran semata-mata sememangnya indah, namun ada cabarannya. Cabaran datang dalam bentuk penentangan di kalangan Islamis yang gemar memaksa fahaman mereka ke atas semua manusia lain. Oleh itu, menceritakan pengalaman ini kepada orang sekeliling merupakan satu risiko yang besar.
Namun, benarlah bahawa AlQuran itu tidak mengalpakan satu
apa pun dan Allah telah terlebih dahulu mengingatkan kita tentang mereka ini:
“Dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada
muka orang-orang yang tidak percaya itu tanda marah, hampir-hampir mereka
hendak menyerang mereka orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada
mereka. Katakanlah ‘jika demikian,
mahukah aku khabarkan kepda kamu yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah
menyebabkan kemarahan kamu itu’ Ialah
neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang tidak percaya,
dan itulah seburuk-buruk tempat untuk dituju.” AQ 22:72)
Penulis dapati bahawa ayat ini benar-benar terbukti iaitu
apabila dibawa ayat-ayat AlQuran, kebanyakan orang kita menjadi marah,
lebih-lebih lagi apabila ia secara langsung memberi amaran tentang hadith yang
menjadi pegangan mereka, dan juga berkenaan bahaya mengikut ahli-ahli agama. Benarlah peringatan Allah bahawa mereka
hampir-hampir menyerang, mengugut untuk menangkap, malah menyebarkan amaran pada
orang lain agar memusuhi dan menjauhi fahaman kita yang berlandaskan AlQuran
semata-mata.
Bukankah ini pelik?
Bagaimana seorang yang mengaku Muslim menjadi marah apabila seorang
Muslim lain ingin berpegang kepada AlQuran semata-mata? Bukannya penulis ingin berpegang kepada
Bible, atau kitab agama lain, tetapi AlQuran! yang dilaungkan sebagai ‘imam’
kepada umat Islam! Kenapa ini menjadi
masalah kepada mereka? Apa yang berlaku?
Mereka sebenarnya takut untuk mengakui hakikat bahawa segala
ritual agama tidak ada dalam AlQuran dan enggan percaya bahawa Allah tidak
pernah menyuruh kita melakukan semua itu.
Sungguh mereka sebenarnya tidak percaya kepada AlQuran dan merasakan
bahawa Allah telah ‘terlupa’ menceritakan dengan terperinci bagaimana untuk
menyembahNya. Mereka percaya bahawa
penulis hadith lebih tahu lagi tentang apa yang Allah ingin kita lakukan. Tidak terlintas di fikiran mereka bahawa,
jika ia tidak ada di dalam AlQuran maka semestinya kerana Allah tidak pernah
menyuruhnya.
Penulis dapati kebanyakan orang Islam enggan percaya bahawa
AlQuran membawa ‘deen’ iaitu jalan hidup, dan bukannya agama yang terdapat
segala ritual penyembahan dan korban.
Malah orang islam sangat-sangat degil ingin menjadikan deen dan agama
itu sebagai satu jalan yang sama.
Bagi membuktikan fahaman penulis tepat, penulis perlu terlebih
dahulu mencari dari mana asalnya ‘agama Islam’ yang dikatakan dari AlQuran ini. Penulis perlu kembali ke pangkal jalan yang
dilalui oleh nenek moyang manusia zaman dahulu bagi memastikan perjalanan
penulis seterusnya tidak tersesat lagi.
Memandangkan ritual solat dikatakan tercetus dari peristiwa
Isra’ Mikraj dan peristiwa itu pula telah dibuktikan sebagai berasal dari kitab
agama Zoroastrian, maka mungkinkah kunci kelahiran ‘agama Islam’ ini tertimbus
dalam sejarah agama Zoroastrian?
Agama Zoroastrian wujud sejak zaman sebelum Nabi Ibrahim
lagi. Agama Zoroastrian dikatakan dibawa
oleh Nabi Zoroaster dan mula bertapak di Iran.
Ia lahir dari pengaruh agama Hindu iaitu agama terawal dalam dunia
bertamadun. Ahli agama Zoroastrian
dipanggil ‘athaurvan’, manakala di India pula, pada ketika itu digelar
‘atharvan’. Seperti yang ditulis di
dalam artikel sebelum ini, kitab utama Zoroastrian ialah Avesta yang mana
ajarannya hampir 100% menyerupai agama Islam termasuk puasa, sembahyang lima
waktu (di waktu yang sama), kepercayaan kepada syurga neraka, hari kiamat,
upacara korban binatang dan lain-lain.
Agama Zoroaster amat mementingkan kedudukan ahli agama yang
dianggap yang tertinggi. Malah, agama
ini juga mengutip wang atas nama cukai agama.
Dalam Islam, kutipan wang ini dikenali sebagai zakat manakala mengikut
AlQuran ia sebenarnya ialah ‘zakaa’ yang bermakna memurnikan, dan tiada kena
mengena dengan wang.
Ironi sekali di dalam sejarah agama Zoroastrian, Tuhan telah
memerintahkan Cyrus, Raja Parsi pada ketika itu untuk membina ‘rumah Tuhan’ di
Jerusalem: (Bukankah kisah ‘membina
rumah Tuhan’ ini juga cuba disesuaikan dengan penerangan AlQuran mengenai
pembangunan landasan sistem Allah oleh Nabi Ibrahim?)
(Now in the first year
of Cyrus king of Persia, that the word of the Lord by the mouth of Jeremiah
might be fulfilled, the Lord stirred up the spirit of Cyrus king of Persia,
that he made a proclamation throughout all his kingdom, and put it also in
writing, saying, Thus saith Cyrus king of Persia, The Lord God of heaven hath
given me all the kingdoms of the earth; and he hath charged me to build him an
house at Jerusalem, which is in Judah. Who is there among you of all his
people? his God be with him, and let him go up to Jerusalem, which is in Judah, and build the house of the Lord God of
Israel, he is the God which is in Jerusalem. --- Ezra 1:1-3)
Agama Yahudi (Judaism) dan Kristian turut lahir dari
pengaruh Zoroastrian dan ini diakui sendiri oleh ramai pengkaji agama (http://www.askwhy.co.uk/judaism/0200PersiaJudaism.php). Persamaan paling jelas antara semua agama ini ialah tudung kepala
wanita, cara solat, dan termasuklah cara berwuduk.
Seperti yang kita tahu kedua agama Judaism dan Kristian lahir selepas kewafatan Nabi di zaman mereka.
Seperti yang kita tahu kedua agama Judaism dan Kristian lahir selepas kewafatan Nabi di zaman mereka.
Mungkinkah ini bermakna, selepas wafatnya Rasulullah, penulis-penulis
hadith pula mencedok hampir keseluruhan kepercayaan Zoroastrian serta
sebahagian ajaran agama Yahudi dan Kristian, lalu menjenamakan semula agama
ini sebagai Islam.
Beberapa ahli agama berhujah bahawa persamaan antara semua
agama ini menunjukkan bahawa agama Islam itu dan segala ritualnya adalah benar
kerana susur galurnya jelas dari Nabi-nabi terdahulu.
Tetapi kemudian mereka juga berhujah bahawa AlQuran telah
membatalkan semua agama yang lain kerana kitab-kitab agama itu telah diseleweng.
Jadi, apa sebenarnya? Ajaran dan ritual agama-agama tersebut benar atau diseleweng? Atau sebahagian benar dan sebahagian diseleweng? Bagaimana kita menentukan yang benar dari yang
diseleweng? Apakah
dengan meneka-neka dan memilih-milih sesuka hati kita?
Ayuh kita lihat apa kata AlQuran:
“Ia menurunkan AlKitab
(AlQuran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan
sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil..” AQ 3:3
Ayat ini kemudian disambung dengan:
“sebelum (AlQuran),
menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan
Dia menurunkan AlFurqaan (AlQuran).
Sesungguhya orang-orang yang kafir terhadap ayat Allah akan memperoleh
siksa yang berat. Dan Allah Maha
Perkasa, lagi mempunyai balasan.” AQ 3:4
Dalam surah 25 yang diberi nama AlFurqaan, kita mendapati
bahawa AlFurqaan itu dirujuk kepada AlQuran sendiri yang mana membawa erti
‘pembeza antara yang benar dan yang salah’.
Oleh itu, ayat 3:3-4 di atas membawa maksud bahawa
Kitab-kitab terdahulu itu sememangnya benar, tetapi kemudiannya AlQuran
diturunkan pula bagi mengesahkan apa yang benar.
Jelas di sini bahawa Allah TIDAK menyuruh kita memilih-milih
mengikut pendapat sendiri mana yang benar dan mana yang tidak dari ajaran Injil atau Taurat atau
kitab-kitab lain sebelumnya untuk digunapakai semula.
Malahan Allah telah memberikan satu kitab khas iaitu AlQuran
yang terkandung di dalamnya apa yang benar sahaja bagi membezakan penyelewengan kitab-kitab
terdahulu.
Secara ringkasnya, Allah menyatakan bahawa semua di dalam
AlQuran itu benar, dan apa yang ada di dalam Taurat atau Injil atau kitab-kitab
lain TETAPI TIADA di dalam AlQuran adalah TIDAK BENAR dan bukan dari Allah.
Justeru, kenapa ahli-ahli kitab memilih untuk membenarkan
sebahagian ajaran Injil atau Taurat dan juga Avesta seperti tudung kepala
wanita, solat, korban, haji, isra' mikraj dan sebagainya sedangkan ini semua tiada di dalam
AlQuran?
No comments:
Post a Comment