Kebenaran yang 'menyakitkan' berkenaan terjemahan solat benar-benar menginsafi. Malah penulis semakin tersentap apabila membaca ayat ini dengan sepenuh hati:
Selama ini, penulis hanya mengikut-ikut dan tidak pernah mencari kebenaran itu sendiri walaupun jauh di sudut hati penulis sering merasa bagai ada yang tidak kena dengan segala ritual yang membuang masa ini. Memang sukar untuk membuang kepercayaan terhadap amalan ritual yang telah berakar umbi sejak kecil. Hati masih meruntun ingin bersolat walaupun sebelum ini tidak serajin mana serta terasa bersalah atau ragu-ragu untuk mengikuti dengan apa yang telah ditemui di dalam AlQuran. Sedangkan Allah berfirman:
"Dan apabila dikatakan
kepada mereka:'Ikutilah apa yang diturunkan Allah', mereka menjawab :
'(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti juga)
walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan
tidak mendapat petunjuk?" AQ 2:170
Selama ini, penulis hanya mengikut-ikut dan tidak pernah mencari kebenaran itu sendiri walaupun jauh di sudut hati penulis sering merasa bagai ada yang tidak kena dengan segala ritual yang membuang masa ini. Memang sukar untuk membuang kepercayaan terhadap amalan ritual yang telah berakar umbi sejak kecil. Hati masih meruntun ingin bersolat walaupun sebelum ini tidak serajin mana serta terasa bersalah atau ragu-ragu untuk mengikuti dengan apa yang telah ditemui di dalam AlQuran. Sedangkan Allah berfirman:
"Alim Lam Mim. Inilah kitabnya, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang-orang yang benar." AQ 2:1-2 (Nota: perhatikan bagaimana AlQuran dimulakan dengan Alif-Lam-Mim (A-L-M) dalam bentuk akar-kata sebagai panduan bagi mereka yang memikirkannya)
Baiklah, lalu apa seterusnya?
Penulis bukan saintis tetapi sangat berminat dengan sains,
malah mengagumi bidang ini. Penulis
bukan orang seni dan tidak berminat serta tidak mampu memahami gaya tulisan
sastera dengan baik tetapi penulis amat berminat dengan lukisan abstrak. Penulis tidak begitu bijak dalam matematik,
tapi punya pengalaman dalam kewangan dan akaun. Dan penulis pastinya bukan seorang pakar
agama.
Secara dasarnya, penulis mempunyai pemikiran logik walaupun di
masa yang sama sangat menghargai seni. Oleh itu, penulis sentiasa melihat kepada logik apabila berbicara
tentang apa saja, termasuk agama atau AlQuran.
Kita sedia maklum bahawa Yang Maha Kuasa mampu saja menjadikan
dunia ini secara tanpa hukum logik iaitu tanpa sebarang peraturan. Contohnya, bumi
boleh berpusing ke mana-mana arah bila-bila masa saja. Tiada ketetapan salji turun di kutub utara
dan selatan, tetapi boleh turun di mana-mana saja. Tiada proses tetap pembentukan hujan, tetapi
tiba-tiba turun sahaja. Atau malam dan siang juga
boleh bertukar tanpa apa-apa isyarat dan syarat.
Bayangkan, jika dunia dijadikan begini pastinya manusia tidak
dapat hidup kerana tiada apa yang kita mampu belajar untuk memastikan survival
diri kita. Lebih baik menunggu mati saja
sambil berserah segala-galanya kepadaNya.
Lebih dahsyat lagi jika planet-planet termasuk matahari juga tidak tertakluk kepada sebarang peraturan menjadikan hukum graviti tidak lagi relevan, maka tentulah manusia tidak dapat hidup terus melainkan jika kita dicipta sebagai makhluk lain yang tidak memerlukan semua peraturan itu sebagai syarat untuk hidup.
Justeru, Yang Maha Penyayang telah menciptakan dunia
mengikut peraturan, landasan dan hukum berdasarkan kadar kiraan tertentu yang tepat dan tidak berubah, lalu memberikan kita akal pula untuk
belajar mengenai ciptaanNya:
“Sebagai sunnah Allah yang Berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.” AQ 33 : 6
Karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.” AQ 35:43
Hukum alam (sunnah Allah) ialah sistem orbit angkasa, sistem ekologi di bumi dan lautan, sumber energi, aliran energi, sistem peraliran darah manusia, perjalanan organ-organ dan lain-lain.
Manusia diberitahu agar belajar melalui pemerhatian ke atas kejadian ini. Manusia yang berakal lebih sedikit, pastinya akan membuat penyelidikan, kemudiannya eksperimen, mengenali setiap zarah dan elemen dan yang lebih hebat lagi pula akan merekacipta pula berbagai-bagai benda darinya. Ya, hanya manusia merupakan makhluk yang mempunyai kebolehan ini. Manusia kemudiannya diberitahu, jika kita melakukan kerosakan di muka bumi ini, maka buruklah akibatnya dan ia telah pun berlaku kepada orang-orang zaman dahulu yang lalai. Namun, sunnah Allah itu tetap sama dan tidak berubah. Oleh itu, jika kita juga lalai, maka akibatnya juga sama.

Apa ertinya semua ini? Ertinya Allah mencipta alam semesta dan makhluk menggunakan Sains dan Matematik dan memerintahkan manusia belajar mengenainya jika ingin berjaya dan selamat.
Buktinya:
“Dan langit itu Kami bangun dengan
kekuasaan dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya” AQ 51:47
"Tidakkah kamu lihat bagaimana
Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang
bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan
merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat" AQ 35:27
"Matahari dan bulan menurut
hitungan" AQ 55:5
"Dan langit - Dia naikkannya,
dan letak Timbangan" AQ 55:7
Dan Allah juga menyatakan bahawa sesiapa yang 'takut' kepada ilmu ini adalah sebenarnya Ulama:
"Antara manusia juga, dan
haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang
takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ULAMA; sesungguhnya Allah
Perkasa, Pengampun" AQ 35:28
Sementara yang tidak mempercayainya pula adalah Kafir. Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita mengenai teori Big-Bang:
“Dan tidakkah orang-orang yang KAFIR
itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada
asal mulanya bercantum, lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan
dari air, tiap-tiap benda yang hidup?
Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” AQ 21:30
Ingat, bahawa Allah tidak menggunakan satu-satu perkataan
itu tanpa sebab dan setiap perkataan membawa makna yang tepat. Siapa kafir dan siapa ulama cukup jelas di
sini.
Justeru, bagaimana untuk mengaplikasikan prinsip logik ini dalam pencarian bukti nyata terhadap kebenaran ritual-ritual agama?
Alhamdulillah, tidak lama selepas penulis bertanya-tanya
sendirian, penulis akhirnya dibawa kepada sebuah buku tulisan Dan Gibson
bertajuk ‘Quranic Geography’. Dan
Gibson yang berasal dari Canada menyambung kajian bapanya selama berdekad-dekad mengenai
tempat-tempat yang disebut di dalam AlQuran. Tujuan beliau bukan untuk mencari agama mana yang benar, tetapi untuk mengesahkan kedudukan geografi tempat-tempat di dalam AlQuran untuk rekod, rujukan dan pelajaran.
Di dalam bukunya, beliau menyatakan kekecewaan kerana tidak mendapat
kerjasama dari kerajaan Arab Saudi dan para agamawan Islam untuk mengesah
mahupun menidakkan kajian beliau.
Kajian Dan Gibson turut membandingkan cerita-cerita dari
Hadith, Bible, Taurat dan semua buku-buku sejarah kaum-kaum di benua Arab,
serta rekod dari negara-negara yang berhubungan dengan mereka pada zaman itu. Beliau turut mengkaji bukti-bukti arkeologi dan peta-peta lama merentasi masa iaitu sebelum, sewaktu dan selepas zaman
Rasulullah. Kajian beliau turut
meliputi bahasa kaum-kaum di zaman tersebut, peninggalan sejarah mereka dan
perbandingan tulisan bagi mengesahkan apa yang disebut di dalam AlQuran, Bible, Taurat, hadith-hadith dan buku sejarah, adalah merujuk kepada kaum dan
cerita yang sama.
Antara gambar-gambar dari buku Quranic Geography:
Secara ringkasnya, kajian beliau mendapati bahawa kiblat orang Islam di semua jajahan Islam termasuk Spain pada awalnya menghala ke Petra, Jordan. Kemudiannya berlaku ‘kekeliruan’ selepas kewafatan Rasulullah di mana sebahagian umat Islam bersolat menghala ke Petra dan sebahagian lagi Mekah sebelum 100% menghala ke Mekah iaitu selepas tahun 822 Masihi.
Perlu diingatkan bahawa tahun 622 Masihi bukanlah zaman batu
dan kita sendiri sedia maklum akan kecanggihan manusia zaman itu. (Empayar
Rom bermula dari zaman selepas Nabi Isa dan kemudiannya Empayar Byzantine pula
menjadi kuasa yang hebat). Tinggalan
sejarah zaman ini cukup banyak, dokumen-dokumen, peta-peta, buku-buku juga
masih ada dan terpelihara.
Tetapi apa yang tidak ada ialah bukti bahawa Mekah, yang
menurut sejarah Islam, merupakan pusat dagangan. Selain itu, yang tidak ada juga ialah rekod
dan bukti atau tinggalan sejarah Rasulullah sebagai pemimpin dan panglima perang yang hebat sedangkan tinggalan sejarah Firaun di zaman Nabi Musa juga masih boleh dijumpai.
Pencarian penulis juga menemui maklumat bahawa syiling emas yang dicetak nama ‘Muhammad’ juga hanya dikeluarkan pada tahun 688 masihi atau lebih lewat dari itu, iaitu setelah Abd. Malik b. Marwan berjaya merampas Mekah dari Byzantine. (Hmm...bukankah ini merupakan satu tandatanya dengan sendirinya? Mekah sebelum itu adalah milik orang Islam atau tidak?)

Tulisan Dan Gibson dan bacaan lanjut dari berbagai sumber
mengenai Mekah merupakan tamparan hebat kepada penulis yang amat mencintai
Rasulullah SAW.
Apa semua ini?
Seluruh minda, jiwa, raga dan roh penulis bertanya serentak.
Mudah bagi para agamawan dan majoriti umat Islam untuk
menuduh Dan Gibson berkonspirasi bagi memperlekeh Rasulullah atau menidakkan
Islam. Mudah untuk menuduh tulisan itu sebagai propaganda musuh Islam. Tetapi Allah memerintahkan kita menunjukkan bukti jika kita benar.
Oleh itu, jika para agamawan menuduh Dan Gibson salah, sekurang-kurangnya bentangkanlah bukti, bukan sekadar merujuk cerita yang kononnya sejarah yang diperoleh dari hadith-hadith. Cerita-cerita dari hadith langsung tidak mampu meyakinkan penulis kerana antara hadith sahih Bukhari sendiri banyak yang tidak logik, bertentangan dengan AlQuran, malah kisah dari hadith mengenai sifat Rasulullah juga bertentangan dengan sifat Rasulullah dalam AlQuran.
Penulis perlu mencari kisah mengenai Mekah di dalam AlQuran sendiri. Dan ternyata cuma ada sekali Mekah disebut di dalam AlQuran:

“Dan Dialah yang
mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari
(membinasakan) mereka di tengah kota Makkah, setelah Allah memenangkan kamu
atas mereka.” AQ 48:24
Ayat ini tidak menjelaskan apa-apa mengenai kedudukan
geografi Mekah.
Tetapi para ulama memberitahu kita bahawa tempat yang
disebut ‘Bakkah’ di dalam AlQuran, juga adalah sebenarnya Mekah:
“Sesungguhnya rumah
ibadah *sistem pertama yang dibangun untuk manusia ialah Baitullah *sistem
Allah yang ada di Bakkah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh
alam.” AQ 3:96 (*rujuk
terjemahan dalam artikel 4 berkenaan solat)
Oh begitu? Jadi Bakkah itu
Mekah? Bagaimana mereka tahu Allah sengaja
menukar dari menyebut Mekah kepada Bakkah? dan kenapa?
Allah ada memberitahu mereka begitu melalui wahyu atau mereka
mengada-adakan saja? (Jika ada Islamis yang membaca artikel ini, jangan marah dahulu, tolong jawab soalan ini)
Carian seterusnya mendapati bahawa nama tempat Bakka
terdapat di Jerusalem dan masih ada sehingga kini. Pusat dagangan yang maju dan sibuk pada
zaman Rasulullah pula sememangnya adalah Petra di Jordan yang menjadi kiblat awal, mengikut kajian Dan Gibson, dan bukanlah Mekah. Petra juga merupakan tempat paling sibuk dalam laluan perdagangan ‘Silk Road’ yang membawa rempah ratus dan sutera dari
Cina ke tanah Arab.
Oleh itu, jika Mekah bukan satu tempat yang signifikan, bagaimana pula dengan kiblat? Apa kata AlQuran tentang kiblat?
"Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu 'kiblatan' dan dirikanlah *solat iltizam/komitmenmu serta gembirakanlah orang-orang yang beriman.: AQ 10:87
Adakah Tuhan memerintahkan Nabi Musa sembah ke arah rumah-rumah di Mesir? Tidak logik bukan?
Hujah agamawan untuk mengadap ke kaabah untuk bersolat pula disandarkan kepada ayat ini:
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, Palingkanlah mukamu ke arahnya." AQ 2:144
Pembaca perlu ingat bahawa masjid berasal dari akar kata s-j-d iaitu patuh atau akur. (rujuk artikel ke 4) Haram pula, tentu sekali bukan bermakna haram secara negatif, tetapi sebagai 'landasan/sekatan'. Dalam bahasa Inggeris mungkin lebih tepat iaitu 'sanction'. Maka, apa yang kita faham dari ayat tersebut ialah Allah menyuruh kita menetapkan haluan hidup kita mengikut landasan yang ditetapkan untuk kita patuh, tidak kira di mana saja kita berada.
Dan apa pula kata AlQuran tentang menghadap ke arah tertentu demi
atau untuk Allah?
"Dan
kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di
situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha
Mengetahui" AQ 2:115
Jelas, Allah menerangkan bahawa tiada arah tertentu untuk menghadapNya
kerana Dia berada di mana-mana di semua arah dan tiada arah.
“Yaa siin. Demi AlQuran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu
salah seorang dari Rasul-Rasul, di atas jalan yang lurus. Yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi
Maha Penyayang. Agar kamu memberi
peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan,
kerana itu mereka lalai” AQ 36:1-6.
Setelah penulis memerhatikan betul-betul, dan tidak lagi cepat-cepat membaca AlQuran, penulis dapati bahawa ayat ini yang ditujukan kepada Rasulullah memberitahu Baginda
'agar memberi peringatan kepada kaumnya YANG BELUM PERNAH DIBERI PERINGATAN' iaitu
belum pernah menerima apa-apa kitab dari Allah.
Justeru, jika benar Rasulullah tinggal di Mekah, dan Nabi
Ibrahim membina kaabah di Mekah, bukankah itu bermakna ‘bapak-bapak' penduduk
Mekah telah pernah menerima peringatan?
Sebenarnya, ayat ini pernah membingungkan penulis ketika pertama kali
diajar mengenainya di sekolah dahulu.
Penulis masih ingat wajah ustazah itu dan penulis masih ingat bagaimana
minda penulis memberontak ingin bertanya lanjut. Namun, memandangkan semua orang diam dan
menelan saja segala cerita, penulis memilih untuk turut diam dan akhirnya
melupakannya.
Kini, secara perlahan-lahan persoalan itu timbul kembali lalu akhirnya terjawab.
Penulis berpendapat bahawa dapatan
dari kajian Dan Gibson bahawa Mekah bukan merupakan pusat agama Islam waktu itu
adalah berasas. 'Kaabah' juga semakin
jelas di sini sebagai bukanlah kiblat iaitu rumah Tuhan untuk disembah, dipusing-keliling
dan dicium-cium dindingnya.
Seperti yang diperkatakan tadi kesimpulannya di sini ialah, Allah menyuruh kita patuh (sujud) kepada perintahNya untuk menetapkan haluan (kiblat) hidup kita di atas landasanNya (masjidil-haram), bukannya menyuruh kita menyembah kiub batu di kota Mekah.

Nota:
Setakat yang penulis maklum, sehingga kini, tiada ulama Islam yang menerima jemputan Dan Gibson untuk sama-sama berbincang dan mengkaji. Sebaliknya mereka memilih untuk membuat tuduhan konspirasi dan seterusnya mendiamkan saja perkara ini.

Ulama jenis apa yang menyembunyikan kebenaran?
ulama penunggang agama..
ReplyDeleteMamat ni penunggang agama dan cuba menyebarkan ajaran sesat ciptaannya
DeleteSalam. So u think apa yg Dan Gibson tu benar2 sahih (due to logical geographically) , if so, kepercayaan u ttg kiblat; bagaimana ya? I watched his claims on this, but byk contoh2 ayat dr Islam dia dipetik dr suku sakat Syiah kan? I am not a good muslimah, not even close. Im just over confused with such profounding.
ReplyDeleteSurah Al Baqarah:149 jelas sebut arah kiblat di Masjidilharam so automatik dakwaan mamat ni adalah sesat kerana menafikan ayat Al Quran
DeletePetunjuk yg Allah berikan melalui berbagai2 cara. Jika ada suatu petunjuk diberikan, carilah kebenaran dan berdoalah. Jika benar hadapilah, jika salah jauhkanlah. Jauh disudut hati, petra lebih meyakinkan dan lebih kerohanian dari mekah sekarang ini sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad dan tempat lahirnya Islam.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan penulis yg dihormati. Saya percaya bhw niat tuan adalah baik iaitu utk mencari dan menegakkan kebenaran. Semoga Allah memberikan kita petunjuk.
ReplyDeleteSaudaraku,bukankah anda ada mengatakan bhw kiblat sebenarnya di Petra dan bukannya di Mekah? Maksudnya anda sudah tahu bhw kedua-dua itu merupakan dua tempat yg berbeza. Jadi sebagaimana anda telah menukil ayat dari al-Quran iaitu “Dan Dialah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah, setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” AQ 48:24. Jika benar Petra merupakan tempat kelahiran Nabi atau arah kiblat sebenar dan bukannya Mekah,mengapa ayat tersebut menyatakan atau menyebut lokasi Mekah yg terletak kira-kira 800 batu dari Petra? Mengapa pula Nabi hendak pergi jauh-jauh mcm tu?
Bkn itu sahaja. Di dlm Quran juga terdapat satu surah khas yg diberi nama Quraisy. Dan sememangnya merupakan fakta bhw Quraisy merupakan suku kaum di kawasan Mekah. Mengapa pula Allah ingin menceritakan tentang suku kaum tersebut jika ianya tiada kaitan dengan Nabi.
Kemudian di dlm Quran juga ada menyebutkan nama Yatsrib yang merupakan nama bagi Madinah. Ayat tersebut mnceritakan tentang situasi perang Uhud. Mengapa pula Nabi ingin pergi jauh-jauh untuk berperang. Ayat itu juga jelas menceritakan bhw Nabi sedang menetap di situ (setelah hijrah) apabila menceritakan bagaimana Nabi berusaha mempertahankannya bersama para sahabat.
Kemudian, jika Nabi Ibrahim a.s membina kaabah di Petra yg sedia maklum merupakan tanah yang subur, mengapa di dalam quran surah Ibrahim Allah berfirman bhw nabi Ibrahim berkata "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah yang tidak ada tanaman padanya.... (14:37). Tidak mungkin ianya kota Petra wahai saudaraku.
Seterusnya, bila masa pula Mekah ditawan oleh Byzantine. Sila nyatakan bukti dan fakta sejarah.
Selepas itu, berkaitan dengan masjid-masjid awal. Di manakah bulti bahawa mereka menghadap ke Petra? Jika anda mengambil hujah Gibson, ternyata hujah tersebut tiada asasnya dan telah byk dibantah antaranya oleh org barat sendiri King David. Saya tidak mahu menerangkannya lebih lanjut. Mungkin anda boleh lihat video ini https://www.youtube.com/watch?v=wX3qZV0SkhM
Mohon saudara dapat menilai dengan penuh kebijaksanaan dan bukan atas dasar ketaksuban. Assalamualaikum.
Surah Al Baqarah:149 secara jelas menyebut arah kiblat atau kaabah adalah di Masjidilharam so secara automatik dakwaan kamu tertolak dan boleh dianggap bathil atau sesat kerana menafikan dalil dari Al Quran itu.
ReplyDelete