Proses mencari hakikat ritual
solat membuka mata penulis tentang hipokrasi majoriti umat Islam. Semua umat Islam mengaku bahawa mereka
mengikut AlQuran. Namun, realitinya begitu
banyak ayat-ayat AlQuran yang mereka tolak mentah-mentah, tanpa kompromi.
Antaranya:
1.
Kecelakaan besar bagi orang-orang
yang menulis kitab dengan tangan mereka lalu berkata: “Ini ialah dari sisi
Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang
sedikit. Maka kecelekaan besar bagi
mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar
bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu” AQ 2:79
Apa yang berlaku ialah sejak
zaman berzaman, kitab-kitab yang ditulis dengan tangan manusia yang dinamakan hadith
diangkat sebagai dari sisi Allah dan diterima sebagai keterangan tambahan
kepada AlQuran. Alasan mereka hadith itu dari Rasulullah.
Jika itu yang mereka mahu percaya tidak apa, tetapi bukankah ia tetap ditulis dengan tangan imam dan ustaz mereka juga, bukannya ditulis oleh Rasulullah. Bukankah merekalah yang celaka itu?
Jika itu yang mereka mahu percaya tidak apa, tetapi bukankah ia tetap ditulis dengan tangan imam dan ustaz mereka juga, bukannya ditulis oleh Rasulullah. Bukankah merekalah yang celaka itu?
2.
TELAH SEMPURNALAH kalimat Tuhanmu (AlQuran) sebagai kalimat yang benar
dan adil. Tidak ada yang dapat
merubah-rubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang maha mendengar lagi maha
mengetahui” AQ 6:115
Umat Islam tidak percaya kepada
kata-kata Allah bahawa AlQuran itu telah sempurna. Mereka menganggap bahawa AlQuran itu ada
cacatnya sehingga memerlukan kitab-kitab dan hadith-hadith karangan imam-imam
untuk mengatasi kecacatan itu.
3.
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang
terbang degnan kedua sayapnya, melainkan umat seperti kamu. TIADALAH KAMI ALPAKAN SESUATUPUN dalam Buku
ini, kemudian kepada Tuhanlah mereka akan dihimpukan” AQ 6:38
Umat Islam menolak ayat ini dan
menuduh Allah telah alpa untuk memasukkan ritual-ritual solat dan
sebagainya sehingga memaksa penulis hadith pula mengupasnya.
4.
“Maka patutkah aku mencari hakim
selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan buku (AlQuran)
kepadamu dengan TERPERINCI”. Orang-orang
yang telah kami datangkan Buku kepada mereka, mereka mengetahui bahawa AlQuran
itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya.
Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu” AQ 6:114
Umat Islam menolak ayat ini dan
seolah-olah menuduh Allah tidak berkata benar apabila menyatakan
AlQuran itu terperinci sehingga mereka memerlukan para penulis hadith untuk
menghuraikan dan memperincikan lagi aturan hidup mereka.
5.
“Celakalah pada hari itu orang-orang yang berdusta! Maka dengan Hadith
manakah sesudah AlQuran mereka akan beriman?” AQ 77:49-50
Majoriti umat Islam langsung tidak
percaya ayat ini iaitu langsung tidak percaya bahawa Allah melarang mereka
beriman dengan hadith lain selain AlQuran.
Jika tidak percaya pada penulis,
tanyalah siapa saja di kalangan orang Islam, pasti semuanya menyuruh kita
beriman dengan AlQuran dan hadith secara berpasangan. Dan jika kita memetik 5 ayat ini, mereka akan
menuduh kita sesat, kafir, jahil dan mungkin akan memerangi kita.
Penolakan ayat-ayat ini merupakan pemangkin kepada pengabaian AlQuran secara tuntas oleh umat Islam. Kerana itulah Rasulullah mengeluh:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan” 25:30
Dari pengabaian itu, umat Islam telah meletakkan kitab-kitab tulisan tangan imam-imam penulis hadith sebagai setaraf dan lebih tinggi daripada AlQuran sekali gus mengambil imam-imam dan penulis hadith sebagai perantara atau sekutu kepada Allah yang berhak menentukan hukum ke atas manusia.

Ini menjelaskan peringatan Allah:
“Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah
melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain” AQ 12:106
Dan:
"Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan
rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan
al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang
Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka
sekutukan" AQ 9:31
Entah kenapa umat Islam gemar
‘terlepas pandang’ perkataan ‘habr’ dalam ayat ini dan hanya memilih untuk
memahami perkataan ‘rahib’ sebagai paderi dan ‘al-Masih putera Mariam atau Nabi
Isa’ yang sinonim dengan Kristian.
Mungkin umat Islam tidak merasakan yang ayat ini ditujukan kepada mereka
tetapi hanya kepada orang-orang Kristian.
Walhal AlQuran itu adalah untuk seluruh manusia. Dan sebagai umat yang mengaku menggunakan AlQuran sebagai panduan, maka seharusnya kita lebih lagi merasakan bahawa ayat ini ditujukan kepada kita, berbanding orang lain.
Oleh kerana umat Islam telah tidak mengacuhkan ayat AlQuran, maka mereka telah tidak sedar bahawa mereka sama saja seperti penganut agama lain yang mempersekutukan Tuhan dengan pendita agama/rahib cuma saja Islam menyebut mereka ini sebagai ulama/imam/ustaz/ustazah dll.

No comments:
Post a Comment