“Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.“ AQ 9:129


Friday, 29 April 2016

5. Bawakanlah buktimu jika kamu orang yang benar



Kebenaran yang 'menyakitkan' berkenaan terjemahan solat benar-benar menginsafi.  Malah penulis semakin tersentap apabila membaca ayat ini dengan sepenuh hati:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka:'Ikutilah apa yang diturunkan Allah', mereka menjawab : '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami'. (Apakah mereka akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk?" AQ 2:170


Selama ini, penulis hanya mengikut-ikut dan tidak pernah mencari kebenaran itu sendiri walaupun jauh di sudut hati penulis sering merasa bagai ada yang tidak kena dengan segala ritual yang membuang masa ini.  Memang sukar untuk membuang kepercayaan terhadap amalan ritual yang telah berakar umbi sejak kecil.  Hati masih meruntun ingin bersolat walaupun sebelum ini tidak serajin mana serta terasa bersalah atau ragu-ragu untuk mengikuti dengan apa yang telah ditemui di dalam AlQuran.  Sedangkan Allah berfirman: 

"Alim Lam Mim.  Inilah kitabnya, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang-orang yang benar." AQ 2:1-2   (Nota:  perhatikan bagaimana AlQuran dimulakan dengan Alif-Lam-Mim (A-L-M) dalam bentuk akar-kata sebagai panduan bagi mereka yang memikirkannya)  

Baiklah, lalu apa seterusnya? 

Penulis bukan saintis tetapi sangat berminat dengan sains, malah mengagumi bidang ini.  Penulis bukan orang seni dan tidak berminat serta tidak mampu memahami gaya tulisan sastera dengan baik tetapi penulis amat berminat dengan lukisan abstrak.  Penulis tidak begitu bijak dalam matematik, tapi punya pengalaman dalam kewangan dan akaun.   Dan penulis pastinya bukan seorang pakar agama. 

Secara dasarnya, penulis mempunyai pemikiran logik walaupun di masa yang sama sangat menghargai seni.   Oleh itu, penulis sentiasa melihat kepada logik apabila berbicara tentang apa saja, termasuk agama atau AlQuran.   

Kita sedia maklum bahawa Yang Maha Kuasa mampu saja menjadikan dunia ini secara tanpa hukum logik iaitu tanpa sebarang peraturan.  Contohnya, bumi boleh berpusing ke mana-mana arah bila-bila masa saja.  Tiada ketetapan salji turun di kutub utara dan selatan, tetapi boleh turun di mana-mana saja.  Tiada proses tetap pembentukan hujan, tetapi tiba-tiba turun sahaja.  Atau malam dan siang juga boleh bertukar tanpa apa-apa isyarat dan syarat.  

Bayangkan, jika dunia dijadikan begini pastinya manusia tidak dapat hidup kerana tiada apa yang kita mampu belajar untuk memastikan survival diri kita.  Lebih baik menunggu mati saja sambil berserah segala-galanya kepadaNya.  

Lebih dahsyat lagi jika planet-planet termasuk matahari juga tidak tertakluk kepada sebarang peraturan menjadikan hukum graviti tidak lagi relevan, maka tentulah manusia tidak dapat hidup terus melainkan jika kita dicipta sebagai makhluk lain yang tidak memerlukan semua peraturan itu sebagai syarat untuk hidup.  

Justeru, Yang Maha Penyayang telah menciptakan dunia mengikut peraturan, landasan dan hukum berdasarkan kadar kiraan tertentu yang tepat dan tidak berubah, lalu memberikan kita akal pula untuk belajar mengenai ciptaanNya:

 Sebagai sunnah Allah yang Berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum (mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.” AQ 33 : 6

Karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.” AQ 35:43

Hukum alam (sunnah Allah) ialah sistem orbit angkasa, sistem ekologi di bumi dan lautan, sumber energi, aliran energi, sistem peraliran darah manusia, perjalanan organ-organ dan lain-lain.

Manusia diberitahu agar belajar melalui pemerhatian ke atas kejadian ini.  Manusia yang berakal lebih sedikit, pastinya akan membuat penyelidikan, kemudiannya eksperimen, mengenali setiap zarah dan elemen dan yang lebih hebat lagi pula akan merekacipta pula berbagai-bagai benda darinya. Ya, hanya manusia merupakan makhluk yang mempunyai kebolehan ini. Manusia kemudiannya diberitahu, jika kita melakukan kerosakan di muka bumi ini, maka buruklah akibatnya dan ia telah pun berlaku kepada orang-orang zaman dahulu yang lalai.  Namun, sunnah Allah itu tetap sama dan tidak berubah.  Oleh itu, jika kita juga lalai, maka akibatnya juga sama.  

Apa ertinya semua ini?  Ertinya Allah mencipta alam semesta dan makhluk menggunakan Sains dan Matematik dan memerintahkan manusia belajar mengenainya jika ingin berjaya dan selamat.  

Buktinya:

 “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya” AQ 51:47


"Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat" AQ 35:27


"Matahari dan bulan menurut hitungan" AQ 55:5

"Dan langit - Dia naikkannya, dan letak Timbangan" AQ 55:7 

Dan Allah juga menyatakan bahawa sesiapa yang 'takut' kepada ilmu ini adalah sebenarnya Ulama:

"Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ULAMA; sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun" AQ 35:28

Sementara yang tidak mempercayainya pula adalah Kafir.  Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita mengenai teori Big-Bang:  

“Dan tidakkah orang-orang yang KAFIR itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum, lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup?  Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” AQ 21:30

Ingat, bahawa Allah tidak menggunakan satu-satu perkataan itu tanpa sebab dan setiap perkataan membawa makna yang tepat.  Siapa kafir dan siapa ulama cukup jelas di sini.  


Justeru, bagaimana untuk mengaplikasikan prinsip logik ini dalam pencarian bukti nyata terhadap kebenaran ritual-ritual agama? 

Alhamdulillah, tidak lama selepas penulis bertanya-tanya sendirian, penulis akhirnya dibawa kepada sebuah buku tulisan Dan Gibson bertajuk ‘Quranic Geography’.   Dan Gibson yang berasal dari Canada menyambung kajian bapanya selama berdekad-dekad mengenai tempat-tempat yang disebut di dalam AlQuran.  Tujuan beliau bukan untuk mencari agama mana yang benar, tetapi untuk mengesahkan kedudukan geografi tempat-tempat di dalam AlQuran untuk rekod, rujukan dan pelajaran.   Di dalam bukunya, beliau menyatakan kekecewaan kerana tidak mendapat kerjasama dari kerajaan Arab Saudi dan para agamawan Islam untuk mengesah mahupun menidakkan kajian beliau.   

Kajian Dan Gibson turut membandingkan cerita-cerita dari Hadith, Bible, Taurat dan semua buku-buku sejarah kaum-kaum di benua Arab, serta rekod dari negara-negara yang berhubungan dengan mereka pada zaman itu.  Beliau turut mengkaji bukti-bukti arkeologi dan peta-peta lama merentasi masa iaitu sebelum, sewaktu dan selepas zaman Rasulullah.   Kajian beliau turut meliputi bahasa kaum-kaum di zaman tersebut, peninggalan sejarah mereka dan perbandingan tulisan bagi mengesahkan apa yang disebut di dalam AlQuran, Bible, Taurat, hadith-hadith dan buku sejarah, adalah merujuk kepada kaum dan cerita yang sama. 

Antara gambar-gambar dari buku Quranic Geography:





Secara ringkasnya, kajian beliau mendapati bahawa kiblat orang Islam di semua jajahan Islam termasuk Spain pada awalnya menghala ke Petra, Jordan.  Kemudiannya berlaku ‘kekeliruan’ selepas kewafatan Rasulullah di mana sebahagian umat Islam bersolat menghala ke Petra dan sebahagian lagi Mekah sebelum 100% menghala ke Mekah iaitu selepas tahun 822 Masihi. 


Perlu diingatkan bahawa tahun 622 Masihi bukanlah zaman batu dan kita sendiri sedia maklum akan kecanggihan manusia zaman itu.   (Empayar Rom bermula dari zaman selepas Nabi Isa dan kemudiannya Empayar Byzantine pula menjadi kuasa yang hebat).  Tinggalan sejarah zaman ini cukup banyak, dokumen-dokumen, peta-peta, buku-buku juga masih ada dan terpelihara.   

Tetapi apa yang tidak ada ialah bukti bahawa Mekah, yang menurut sejarah Islam, merupakan pusat dagangan.   Selain itu, yang tidak ada juga ialah rekod dan bukti atau tinggalan sejarah Rasulullah sebagai pemimpin dan panglima perang yang hebat sedangkan tinggalan sejarah Firaun di zaman Nabi Musa juga masih boleh dijumpai.  

Pencarian penulis juga menemui maklumat bahawa syiling emas yang dicetak nama ‘Muhammad’ juga hanya dikeluarkan pada tahun 688 masihi atau lebih lewat dari itu, iaitu setelah Abd. Malik b. Marwan berjaya merampas Mekah dari Byzantine.  (Hmm...bukankah ini merupakan satu tandatanya dengan sendirinya? Mekah sebelum itu adalah milik orang Islam atau tidak?)   

Tulisan Dan Gibson dan bacaan lanjut dari berbagai sumber mengenai Mekah merupakan tamparan hebat kepada penulis yang amat mencintai Rasulullah SAW. 

Apa semua ini?  Seluruh minda, jiwa, raga dan roh penulis bertanya serentak.  

Mudah bagi para agamawan dan majoriti umat Islam untuk menuduh Dan Gibson berkonspirasi bagi memperlekeh Rasulullah atau menidakkan Islam.  Mudah untuk menuduh tulisan itu sebagai propaganda musuh Islam.  Tetapi Allah memerintahkan kita menunjukkan bukti jika kita benar.

Oleh itu, jika para agamawan menuduh Dan Gibson salah, sekurang-kurangnya bentangkanlah bukti, bukan sekadar merujuk cerita yang kononnya sejarah yang diperoleh dari hadith-hadith.  Cerita-cerita dari hadith langsung tidak mampu meyakinkan penulis kerana antara hadith sahih Bukhari sendiri banyak yang tidak logik, bertentangan dengan AlQuran, malah kisah dari hadith mengenai sifat Rasulullah juga bertentangan dengan sifat Rasulullah dalam AlQuran. 

Penulis perlu mencari kisah mengenai Mekah di dalam AlQuran sendiri. Dan ternyata cuma ada sekali Mekah disebut di dalam AlQuran: 

“Dan Dialah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah, setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” AQ 48:24

Ayat ini tidak menjelaskan apa-apa mengenai kedudukan geografi Mekah.  

Tetapi para ulama memberitahu kita bahawa tempat yang disebut ‘Bakkah’ di dalam AlQuran, juga adalah sebenarnya Mekah:   

“Sesungguhnya rumah ibadah *sistem pertama yang dibangun untuk manusia ialah Baitullah *sistem Allah yang ada di Bakkah yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” AQ 3:96  (*rujuk terjemahan dalam artikel 4 berkenaan solat)

Oh begitu?  Jadi Bakkah itu Mekah?   Bagaimana mereka tahu Allah sengaja menukar dari menyebut Mekah kepada Bakkah? dan kenapa?  Allah ada memberitahu mereka begitu melalui wahyu atau mereka mengada-adakan saja?   (Jika ada Islamis yang membaca artikel ini, jangan marah dahulu, tolong jawab soalan ini)

Carian seterusnya mendapati bahawa nama tempat Bakka terdapat di Jerusalem dan masih ada sehingga kini.   Pusat dagangan yang maju dan sibuk pada zaman Rasulullah pula sememangnya adalah Petra di Jordan yang menjadi kiblat awal, mengikut kajian Dan Gibson, dan bukanlah Mekah.  Petra juga merupakan tempat paling sibuk dalam laluan perdagangan ‘Silk Road’ yang membawa rempah ratus dan sutera dari Cina ke tanah Arab.

Oleh itu, jika Mekah bukan satu tempat yang signifikan, bagaimana pula dengan kiblat? Apa kata AlQuran tentang kiblat?

"Dan kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu 'kiblatan' dan dirikanlah *solat iltizam/komitmenmu serta gembirakanlah orang-orang yang beriman.: AQ 10:87

Adakah Tuhan memerintahkan Nabi Musa sembah ke arah rumah-rumah di Mesir?  Tidak logik bukan?

Hujah agamawan untuk mengadap ke kaabah untuk bersolat pula disandarkan kepada ayat ini:

"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, Palingkanlah mukamu ke arahnya." AQ 2:144

Pembaca perlu ingat bahawa masjid berasal dari akar kata s-j-d iaitu patuh atau akur. (rujuk artikel ke 4) Haram pula, tentu sekali bukan bermakna haram secara negatif, tetapi sebagai 'landasan/sekatan'.  Dalam bahasa Inggeris mungkin lebih tepat iaitu 'sanction'.  Maka, apa yang kita faham dari ayat tersebut ialah Allah menyuruh kita menetapkan haluan hidup kita mengikut landasan yang ditetapkan untuk kita patuh, tidak kira di mana saja kita berada.  

Dan apa pula kata AlQuran tentang menghadap ke arah tertentu demi atau untuk Allah?


"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui" AQ 2:115 

Jelas, Allah menerangkan bahawa tiada arah tertentu untuk menghadapNya kerana Dia berada di mana-mana di semua arah dan tiada arah.  

Ayat di bawah menguatkan lagi kajian Dan Gibson mengenai Mekah dan kiblat:


“Yaa siin.  Demi AlQuran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari Rasul-Rasul, di atas jalan yang lurus.   Yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.  Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai” AQ 36:1-6. 

Setelah penulis memerhatikan betul-betul, dan tidak lagi cepat-cepat membaca AlQuran, penulis dapati bahawa ayat ini yang ditujukan kepada Rasulullah memberitahu Baginda 'agar memberi peringatan kepada kaumnya YANG BELUM PERNAH DIBERI PERINGATAN' iaitu belum pernah menerima apa-apa kitab dari Allah.  
Justeru, jika benar Rasulullah tinggal di Mekah, dan Nabi Ibrahim membina kaabah di Mekah, bukankah itu bermakna ‘bapak-bapak' penduduk Mekah telah pernah menerima peringatan?  

Sebenarnya, ayat ini pernah membingungkan penulis ketika pertama kali diajar mengenainya di sekolah dahulu.  Penulis masih ingat wajah ustazah itu dan penulis masih ingat bagaimana minda penulis memberontak ingin bertanya lanjut.  Namun, memandangkan semua orang diam dan menelan saja segala cerita, penulis memilih untuk turut diam dan akhirnya melupakannya.  

Kini, secara perlahan-lahan persoalan itu timbul kembali lalu akhirnya terjawab.   

Penulis berpendapat bahawa dapatan dari kajian Dan Gibson bahawa Mekah bukan merupakan pusat agama Islam waktu itu adalah berasas.   'Kaabah' juga semakin jelas di sini sebagai bukanlah kiblat iaitu rumah Tuhan untuk disembah, dipusing-keliling dan dicium-cium dindingnya.

Seperti yang diperkatakan tadi kesimpulannya di sini ialah, Allah menyuruh kita patuh (sujud) kepada perintahNya untuk menetapkan haluan (kiblat) hidup kita di atas landasanNya (masjidil-haram), bukannya menyuruh kita menyembah kiub batu di kota Mekah. 



Nota:
Setakat yang penulis maklum, sehingga kini, tiada ulama Islam yang menerima jemputan Dan Gibson untuk sama-sama berbincang dan mengkaji.  Sebaliknya mereka memilih untuk membuat tuduhan konspirasi dan seterusnya mendiamkan saja perkara ini.  

Ulama jenis apa yang menyembunyikan kebenaran?




Wednesday, 27 April 2016

4. Solat

Tiada keraguan bahawa AlQuran itu adalah benar 100% dan tiada sebab untuk kita tidak percaya bahawa AlQuran itu sempurna, terperinci, lagi lengkap.   Setakat ini, penulis sudah berpuas hati bahawa ritual solat sememangnya tiada dalam AlQuran dan direkacipta sendiri oleh penulis hadith.  


Pun begitu, penulis masih tertanya, kenapa AlQuran menyebut tentang solat tetapi tidak memperincikannya?  Apakah kita hanya perlu bersolat mengikut gaya sendiri dan membaca apa sahaja ayat yang sesuai dengan citarasa sendiri?  Bila dan berapa kali harus solat juga tidak ada, jadi apakah kita harus solat bila-bila saja terasa sesuai dan berapa kali yang termampu untuk hari itu?

Setelah puas mencari akhirnya penulis dibawa kepada jawapan kepada persoalan ini yang sebenarnya terletak kepada masalah terjemahan dan tafsiran AlQuran yang kita baca.   Syukur kepada Allah yang menemukan penulis kepada jawapan ini dalam masa yang singkat.    Benarlah bahawa perjalanan hidup kita telah dirancang sebaiknya oleh Allah di mana siapa yang kita temui, dan setiap yang berlaku adalah bertujuan untuk membawa kita ke satu destinasi. 

Selama ini, penulis tidak tahu bahawa beberapa perkataan Arab di dalam AlQuran rupanya telah sengaja tidak diterjemah secara langsung, atau tidak diterjemah langsung, atau ditafsir secara korup mengikut pendapat atau agenda penterjemah dan pentafsir masing-masing.  

Contoh:  Rukuk sebenarnya bermaksud merendah diri dan sujud bermaksud patuh atau akur iaitu berserah sepenuhnya dan bukannya perbuatan menunduk dan sembah secara fizikal.  Contoh yang lain ialah Islam itu sekadar bermakna kedamaian bukannya nama khas sebuah agama.  (perkara ini akan dibincangkan kemudian)

Untuk lebih jelas, di sini penulis sertakan beberapa perkataan-perkataan yang telah dikorupkan tafsirannya. Maklumat ini penulis perolehi dari berbagai sumber dan menyemaknya semula sendiri dengan membandingkan dengan terjemahan 'word-per-word' melalui sumber utama iaitu corpus.quran.com selain sumber-sumber lain.

Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa perbendaharaan bahasa Arab itu membolehkan mesej AlQuran dipelihara kerana ia mempunyai akar kata yang maksudnya konsisten tidak kira imbuhan apa pun yang ditambah kepadanya untuk dijadikan ayat:

"(ialah) Al Quran dalam Bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertaqwa AQ 39:28 

Dan ingatlah bahawa Allah meletakkan perkataan dan ayat-ayat itu dengan maksud yang tetap dan tidak boleh diganti-ganti dengan tafsiran mengikut pendapat sendiri:


“Dan apabila Kami letakkan suatu ayat di tempat ayat yang lain sebagai penggantinya padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya, maka mereka berkata:  “Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan saja”.  Bahkan kebanyakan mereka tiada mengetahui: AQ16:101

Prinsipnya mudah iaitu kita perlu berpegang bahawa AlQuran itu konsisten dan semua terjemahan dari akar kata sama wajib membawa atau berkisar pada maksud yang sama juga.


Perkataan
Kata Akar
Erti Kata Akar
Terjemahan Biara
(yang dikorupkan)
Terjemahan Mengikut Kata Akar

Islam
S-L-M
damai
Nama Agama
Damai/kedamaian/tenteram

Muslim
S-L-M

Penganut agama Islam
Seorang yang hidup dlm keadaan damai/tenteram

Deen
D-N

Agama
Cara Hidup

Bayta
B-Y-T

Rumah (Allah)
Sistem/Perancangan


Bukti terjemahan biasa telah dikorupkan:
Ayat 3:96 baytin – Rumah (Allah)
Ayat 4:81 bayyata & bay-yee-tun – rancangan di malam hari
Ayat 7:4 & 7:97 basuna bayyatan – balasan di malam hari

Bagaimana perkataan yang berakar kata sama tiba-tiba membawa maksud yang tidak berkaitan langsung?

Keseluruhan AlQuran menyebut ‘rumah’ sebagai B-U-Y-T atau Buyut dalam Ayat 2:189, Buyutan dalam 24:29 iaitu dua buah rumah.  Dan dalam Ayat 24:61 rumah disebut Buyuti iaitu rumah masing-masing. 

Kesimpulan:  Bayta bukan rumah tetapi perancangan, dasar atau sistem.  Maksud ini perlu konsisten bagi perkataan yang terlahir dari akar kata sama spt.  Bayti-ya, Baytal Harama dsbgnya. 

maqam
M-Q-M

Bekas Tapak Kaki
Darjat/Kedudukan/Status


Bukti terjemahan biasa telah dikorupkan:
Ayat  55: 46 – maqama-robbuka – kedudukan/darjat Tuhanmu
Ayat 79:40. maqama robbihi – dari kedudukan/darjat Tuhanmu
Ayat 17:79 maqaman mah-mu-dan – mengangkat darjatmu
Ayat 2:125 Wat-ta-khi-zu min-maqami Ibrahim tiba-tiba diterjemah menjadi bekas tempat berdiri/tapak kaki (Nabi Ibrahim) secara literal? 

Cuba gunakan terjemahan ayat akhir itu untuk ayat-ayat lain, tentu tidak masuk akal bukan?

Sol-la
S-L

Sembahyang ritual (solat)
Komitmen, Iltizam,  perjanjian, ikatan, tanggungjawab, (antara manusia dengan Tuhan)


Bukti terjemahan biasa telah dikorupkan:
Nota:  Nombor di tengah mewakili berapa kali perkataan tersebut muncul dalam Quran.
Solaa
3
 Ayat 75:31 & 96:10 – solat ritual
faSol-laa
1
Ayat 87:15 & 108:2 – solat ritual
YuSol-laa
3
2:27, 13:21 & 13:25 – ikatan, perjanjian (dgn Tuhan)
Sol-lee
1
9:103 – ada yang menterjemah sebagai restu, doa,  dan ada yang menterjemah sebagai solat ritual
tuSol-lee
1
 9:84 solat ritual
faSol-lee
1
108:2 solat ritual
yuSol-lee
2
 3:39  solat ritual
33:43 restui (bless)
Sol-lu
1
33:56 berjanji/komited untuk menturuti Rasul (Sollu to honour the prophet)
YuSol-lu
3
33:56 restu (bless)
4:102 solat ritual
YaSilu
5
4:90, 6:136 (2), 11:70, 11:81, 13:21 and 8:35 – ikatan, perjanjian, komitmen (join, bond)
muSollan (sing.)
1
2:125 – tempat bersollaa
muSolleen(plur.))
3
70:22, 74:43 & 107:4 orang-orang yang bersolat ritual
Sol-laa ta
46
 Tidak bermaksud solat ritual
Sol-laa tee
20
Tidak bermaksud solat ritual
Sol-laa tu
1
62:10 - solat ritual
Sol-laa taka
1
9:103 – ada yang menterjemah sebagai restu dan ada yang menterjemah sebagai solat ritual
Sol-laa teka
1
17:110 – solat ritual (dengan suara sederhana kuat)
Sol-laa tuka
1
11:87 –solat ritual (berkenaan memulihkan keadaan ekonomi)
Sol-laa tahu
1
24:41 – solat ritual (juga dilakukan oleh burung-burung)
Sol-laa tehim
5
6:92, 23:2, 70:23, 70:34 and 107:5 – solat ritual (di mana orang yang bersolat boleh dipercayai dan pasti menunaikan janji???) 
Sol-laa tuhum
1
8:35 – solat ritual (ayat penuh: Solat ritual di depan Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan.  Maka rasalah azab disebaban kekafiranmu itu)
Solaa-waatee
3
9:99 – restu (bless) dan tidak mungkin diterjemah sebagai solat ritual dalam konteks ini.
2:238 – solat ritual
23:9. – solat ritual (boleh memastikan orang menunaikan janji dan boleh dipercayai)?
Solaa-waa-tun
2
2:157 – restu (bless)
22:40 – rumah ibadah yahudi?

Mana mungkin begitu banyak terjemahan berbeza bagi perkataan dari akar kata sama, dan kadangkalanya yang turut mempunyai imbuhan yang sama?  Apa sang penterjemah mendapat wahyu bahawa sememangnya Allah sengaja meletakkan perkataan yang sama dengan makna berbeza?
Thor-iffin


Mengelilingi rumah batu

Orang ramai
A'kiffin


Menumpu kerumah batu
Menumpu kepada sistem Allah
Sujud
S-J-D

Bersujud secara fisikal

Patuh, Akur kepada perintah
masajid
S-J-D

Rumah  Tuhan untuk umat Islam bersolat

Perintah yang diperkenankan
Masjidal-lah
S-J-D

Rumah Allah
Perintah yang diperkenankan oleh Allah
Masa-jidil-harami
S-J-D
Dan
H-R-M

Rumah sembahyang yang suci
Landasan Perintah
Masa-jidil-lah
S-J-D dan
H-R-M

Rumah sembahyang kepunyaan Allah
Landasan Perintah Allah
ruko'
R-K

Tunduk secara fizikal
Merendah diri

ka'aba
K-B
sendi
Kiub batu di Mekah
Sendi asas (paling bawah)/ buku lali


Bukti terjemahan biasa telah dikorupkan:

Ayat 5:6 ka’baini – buku lali/sendi asas
Ayat 5:95 ka’bati – buku lali/sendi asas
Ayat 5:97 ka’bata – tiba-tiba diterjemah sebagai kiub batu di Mekah?

Prinsip konsisten AlQuran memberitahu kita bahawa terjemahan yang lebih tepat pastinya ‘sendi asas’ (dlm konteks ayat tersebut ialah kepada sebuah sistem/ rancangan) 

hadya


Korban binatang
Petunjuk

qola-ida


Kalongan untuk binatang
Garisan undang2 memburu

u'mroh
M-R

Melawat kiub batu diMekah
Hidup, kehidupan, umur, usia, memajukan, menghidupkan


Bukti terjemahan biasa telah dikorupkan:

Ayat 11:61 ta’mara-kum – menghidupkan
Ayat 15:72 amru-ka – hidupmu
Ayat 35:11 wama-yu-‘am-maru min mu-‘am-marin – tidak diberikan umur yang panjang, juga tidak dijadikan pendek umurnya

Jadi, bagaimana umrah menjadi satu ritual sunat khas yang perlu dilakukan di Mekah?  Di mana bukti ayatnya?

Haji
H-J

Lawatan agama tahunan
Cabaran atau mengambil cabaran


Bukti terjemahan biasa telah dikorupkan:

Ayat 42:16 yuHajuuna – cabaran, Hujaatuhum – mereka
 mencabar, menentang, mempertikai
Ayat 40:47 ya-ta-haa-ju – menentang, mempertikai
Ayat 9:1-3 yau-mal-Hajii-akbar – tiba-tiba diterjemah sebagai
 melakukan ritual khas tahunan di Mekah?  Ayat ini 
sebenarnya menceritakan tentang cabaran ketika menentang 
penyembah berhala secara besar-besaran.  
 
Zakaa


Bayaran untuk agama
Membersih diri dari kejahatan atau keburukan, memurnikan, menjadikan atau menghasilkan kebaikan



Walaupun setelah memahami wujudnya korupsi dalam terjemahan-terjemahan yang ada, ia belum cukup untuk penulis merasa puas. 

Penulis masih gusar untuk meninggalkan terus solat ritual walaupun setelah yakin bahawa makna yang tepat untuk ‘sollaa’ di dalam AlQuran bukanlah solat ritual, tetapi iltizam atau komitmen manusia kepada Allah iaitu untuk hidup berlandaskan perintah dan peraturanNya (Deen), menyahut cabaran untuk tetap patuh (sujud) di atas peraturan itu, sentiasa merendah diri (rukuk) kerana manusia sebenarnya tidak tahu apa-apa, belajar bersungguh-sungguh, berbuat baik, amanah dan bekerja keras agar dapat membuahkan kebaikan (zakaa) kepada diri, sesama makhluk dan alam semesta.  

Ayat “Tunjukkanlah buktimu jika kamu orang-orang yang benar” AQ 2:111 menjadi pemangkin untuk penulis meneruskan pencarian.  Ya, penulis perlukan bukti kukuh sebelum memilih untuk mengikut jalan ini.